Monday, February 3, 2014

Hai FEBRUARI !

Assalamualaikum ...

     Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ALLAH ini .. Kesempatan yang diberikan ini untuk memperbetolkan setiap kesilapan dan kekhilafan serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik ..

      Adakah aku berkesempatan untuk menemui hari-hari keesokannya ? Terlalu banyak yang perlu aku perbaiki dan masa yang diberikan terlalu pendek kerana kematian itu pasti berlaku bila-bila masa .. Kerdilnya diri ini ..

      Masuknya bulan Februari ini merupakan satu langkah yang berjaya bagi aku untuk terus kuat dan tabah menjalani kehidupan sebagai seorang hamba ALLAH  .. Alhamdulillah ^^


Kita hidup ni sentiasa memerlukan motivasi diri .. Jika orang tidak boleh memberi motivasi dekat diri kita maka kitalah yang perlu memotivasikan diri sendiri .. Siapa lagi yang hendak menggerakkan diri kita supaya lebih berjaya jika bukan diri kita sendiri ^^




#adios!! =D

No comments:

Post a Comment