Wednesday, January 29, 2014

Aku Kuat !

Assalamualaikum ..

      Kekuatan diri bermula dari hati ! Bukan mudah untuk membina kembali kekuatan dalaman dan luaran apabila diri ini tersisir jauh dari ALLAH S.W.T.. Apabila hendak merasai kekuatan dalaman carilah ALLAH .. Jangan sesekali membelakanginya ..





       Janganlah berhenti berharap kepada ALLAH .. ALLAH MAHA MENGETAHUI .. DIA akan mengkabulkan doa-doa hambaNYA sama ada cepat atau lambat itu semuanya DIA telah tentukan .. ALLAH telah merancang sebaik-baiknya untuk hamba-hambaNYA ... Jadi BERSABARLAH !
   
       Ya ! Sebenarnya aku kuat ! Aku kuat kerana masih mempunyai ALLAH disepanjang hari dalam hidup aku .. Aku masih mempunyai emak dan abah serta adiberadik yang tidak pernah meninggalkan aku .. Aku juga masih mempunyai rakan , kawan dan sahabat tatkala aku memerlukan mereka .. Aku cuma kehilangan 'si dia'yang tidak mempunyai nilai apa-apa dalam hidup aku .. ALLAH jentik seseorang dalam hidup kita kerana DIA tahu mana yang terbaik dalam hidup kita .. DIA juga rindu hendak mendengar rintihan hati hambaNYA .. Jadi mengapa harus bersedih terlalu lama ? Mengapa mesti terpaku dihadapan pintu yang sudah lama tertutup untuk kita ? Mengapa ? Pergilah ke pintu kebahagiaan yang telah dibukakan untuk kita ..


      Jangan pernah menyesal melepaskan seseorang yang bukan milik kita ... Redha dengan setiap yang berlaku kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya .. Ikhlaskan hati apabila melepaskan seseorang .. Apabila kita ikhlas maka hati akan tenang .. Jadi aku hendaklah kuat ! Kuat kerana masih mempunyai insan-insan tersayang di sisi .. Masih bersama-sama kita tatkala dalam keadaan sedih atau gembira ..

    

       ALLAH yang pegang hati kita .. ALLAH juga yang membolak balikkan hati seseorang .. Jadi jangan sesekali menggenggam hati seseorang di hati kelak jika salah seorang berubah hati kita tidak akan rasa sakit dihati .. Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat sekalian .. Apabila kita sayang seseorang kita mengadulah dekat ALLAH .. Jangan ketika sedih sahaja kita mengadu denganNYA tetapi sentiasalah berhubung denganNYA .. Biarlah DIA yang menentukan dan menyemaikan perasaan itu .. Yang penting KUAT ! Kuat apabila menerima ujian dan dugaan daripada ALLAH .. Berterima kasih kepadaNYA kita dijauhkan daripada orang yang mungkin bukan yang terbaik untuk kita untuk masa hadapan .

**Semoga ALLAH terus kuatkan hati aku .. Yang patah pasti tumbuh dan yang hilang pasti berganti .. Kita hanya merancang dengan CITA-CITA tetapi ALLAH merancang dengan CINTANYA.. Kepada 'si dia' semoga berbahagia kehendakNYA .. InsyaALLAH ^^ **


SENYUM merupakan ubat hati .. teruskan TERSENYUM ^^




KITA BERTEMU KERANA ALLAH BERPISAH JUGA KERANA ALLAH ..
 SEMOGA ALLAH REDHA .. ALLAH MAHA MENGETAHUI ..

#theend .. BYE !!

No comments:

Post a Comment