Wednesday, January 22, 2014

Sabar Itu Indah

Assalamualaikum ...



"...ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya 
(Al-Baqarah [2] : 286) ..."

         Sabar itu indah tetapi tidak semua manusia akan bersabar dengan ujian yang diturunkan kepada mereka ... kerana ALLAH S.W.T. menjanjikan setiap kesabaran pasti akan mendapat kemanisannya sama ada cepat atau lambat .. Aku hanyalah insan biasa , memerlukan kekuatan hati ketika ALLAH S.W.T. turunkan ujian hati kepada aku ..

         Ya !! yang pastinya aku hendaklah kuat mengharungi setiap ujian yang ALLAH S.W.T. berikan kepada aku .. Hal ini membuktikan bahawa aku merupakan insan yang terpilih untuk diuji .. ALLAH S.W.T. menguji hambaNYA kerana DIA tahu kita kuat dan mampu untuk mengharungi setiap ujian yang diberikan ..

         Aku kuat kerana aku percaya ALLAH S.W.T. sentiasa ada bersama dekat aku .. Aku kuat kerana aku masih ada emak abah dan keluarga yang masih menyayangi aku sepanjang masa .. Aku kuat kerana aku masih ada kawan , sahabat dan rakan semasa gembira dan sedih bersama-sama .. Oleh sebab itu aku masih mampu bernafas di bumi ALLAH S.W.T. dan ketawa bersama-sama dengan orang yang aku sayang ...

        Setiap detik aku bernafas , aku selalu berdoa mengharapkan kepada yang MAHA ESA supaya diberikan kekuatan hati .. Aku hanya hamba yang lemah dan hina sentiasa khilaf dengan kesalahan diri yang tidak nampak atau nampak .. Aku diuji kerana ALLAH S.W.T. rindu hendak mendengar setiap rintihan hati kita .. Ketika aku gembira aku leka , aku lupa kepada Pencipta yang memberikan kegembiraan itu kepada aku .. Ketika DIA tarik kegembiraan aku , aku hilang arah dan akhirnya kepada Pencipta aku mengadu ... YA ALLAH ! Berikanlah aku kekuatan hati di atas apa yang berlaku ini ..

       Aku percaya dan yakin setiap kesabaran pasti akan membuahkan hasil yang lumayan iaitu kegembiraan yang tidak terhingga yang dijanjikan olehNYA .. Jika aku tidak peroleh di dunia mungkin aku akan dapat kegembiraan yang abadi di sana ..

"...Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu ... Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk (Al-Baqarah : 45)..."


Jangan berhenti berdoa dan berharap kepada DIA .. ^^


#BANGKIT NADIA ! KEKUATAN DIRI BERMULA DARI HATI .. MUSLIMAH YANG SEJATI TETAP AKAN BANGKIT DI SETIAP KESEDIHAN YANG MENERPA DI HATI .. ALLAH KAN ADA ..

No comments:

Post a Comment