Tuesday, January 28, 2014

Terima Kasih Untuk Segalanya

Assalamualaikum ..

           Rasa cepat masa berlalu .. Masa akan sentiasa berputar dan tidak akan berhenti kecuali jika dipinta olehNYA untuk memberhentikan masa .. Apabila masa berhenti secara tiba-tiba tiadalah lagi peluang untuk bertaubat dan tunggu masa untuk dihisab segala amalan yang dilakukan di dunia .. Bertaubatlah selagi mempunyai kesempatan di atas dunia ini sebelum ajal tiba ..

****************************************************************************

       



          Orang yang selama ini membuat kita bahagia dan gembira tetapi dipengakhirannya dia juga yang membuat kita sakit hati dan sedih .. Janganlah terlalu menggenggam kepercayaan seseorang itu kerana andai dia bukan jodoh kita , kita tidak akan sakit sangat-sangat di hati .. Tidak salah bercinta tetapi jangan bercinta sehingga membelakangkan hukum agama dan jangan jadikan ALLAH tempat terakhir ketika kita sedang bersedih .. ALLAH tidak akan redha dengan setiap apa yang kita lakukan jika kita membelakangkanNYA ..
                       

Meh kita baca satu cerita untuk sekadar perkongsian sahaja ..

        Apabila dua insan dipertemukan oleh ALLAH semua perkara menjadi indah ..Tanggal 26 Mei 2012 termetrailah segala kata-kata pujangga dua insan ini .. Mereka dipertemukan di Kolej Ungku Omar , UPSI .. Pertemuan yang secara tiba-tiba itu merupakan detik yang menggembirakan dalam hidup mereka .. Indahnya hidup apabila ada orang yang mengambil berat tentang kita dan rasa bahagia sangat-sangat apabila dapat berkongsi cerita ..

      Pasangan ini tidak mengendahkan segala nasihat dan pandangan orang lain kerana mereka kerap bersama .. Ke library bersama , makan bersama dan pergi ke mana-mana semua bersama .. Oleh kerana hati berbunga-bunga ketika itu , mereka tidak nampak semua orang disekeliling dan tidak menghiraukan perasaan orang lain iaitu perasaan sahabat sendiri .. Mereka mengganggap semuanya itu hanya mengganggu kebahagiaan mereka .. Pasangan lelaki ni terlalu cemburu dekat pasangannya ini .. Kita sebagai perempuan kita tahu tahap kesetiaan kita di mana .. Kalau nadiala , sekali da sayang orang itu nadia akan sayang dan tidak akan pandang mana-mana lelaki yang lain ... Tetapi pasangannya ni tetap dengan cemburunya dan yang perempuan ni pula tidak peduli kerana di hatinya cuma pasangan lelakinya itu ...

      Pasangan lelaki ini selalu memberi nasihat tentang agama dan aurat kepada pasangannya .. Tetapi pasangan perempuan ini selalu sahaja mempertikaikan setiap nasihat yang diberikan kepadanya .. Sehinggakan mencabar setiap nasihat yang diberikan .. Kadangkala pasangan perempuan ini juga sering sahaja marah-marah , sering lepas cakap tentang kelemahan dia , mempersoalkan sunah-sunah Rasulullah S.A.W. dan mencabar kesabaran dia sebagai seorang lelaki .. Segala yang dilakukan oleh perempuan itu bukan untuk suka-suka tetapi untuk kebaikan bersama juga .. Pasangannya hendak melihat sejauhmana keikhlasan dan penerimaan pasangan lelakinya itu terhadap dia .. Sama ada boleh bersabar atau tidak .. Kalau dia tidak boleh bersabar dengan setiap perbuatan pasangan perempuannya itu bermakna dia tidak akan dapat menerima segala kekurangan dan kelemahan perempuan itu dan tidak dapat menempuh segala rintangan hidup diluar nanti .. Perasaan perempuan mana yang tidak menginginkan seorang lelaki sebaik pasangannya itu .. Apabila perempuan ini sudah bersedia untuk berubah ke arah yang lebih baik dan bersedia menerima pasangannya itu sepenuh hati tetapi tidak semua impian akan menjadi nyata ..

       Sangkakan panas sehingga ke petang tetapi hujan di tengahari .. Tanggal 27 Julai 2013 sebuah ikatan murni terputus begitu sahaja apabila salah seorang daripada pasangan tersebut berubah arah dan mempunyai pilihan hati yang lain .. Semasa itu , masing-masing sedang bercuti semester selama 3bulan dan semasa itu sedang puasa minggu kedua .. Jelas diingatan sebelum semua ini berlaku secara tiba-tiba lelaki ni tukar password facebook dan terjadilah pertengkaran yang tiada kesudahannya .. Akhirnya perempuan ni berjaya log in facebook lelaki ni .. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan dan hati perempuan itu bila baca chat lelaki itu denga perempuan lain ... Selepas itu pasangannya yang perempuan ini hantar chat dekat perempuan itu supaya jangan mengganggu hubungan mereka tetapi apa yang didapati perempuan yang chat dengan pasangan lelaki itu sebarkan kepada kawan lelaki dia dan kawan lelaki dia beritahu dekat pasangan lelaki itu .. Mulai itu dengan mudahnya pasangan lelaki itu berkata "Jangan ganggu dia dengan perempuan itu .. Dia da xnak dengan pasangannya itu lagi" Luluh hati pasangan perempuannya itu dan menangis terus menangis dengan apa yang berlaku kerana dihatinya cuma ada lelaki itu sahaja dan tidak pernah terlintas untuk menyakiti hati lelaki tersebut dan menduakan hatinya ...

      Oleh kerana cinta itu telah membutakan hati , pasangan perempuannya itu terus bertahan dengan pasangannya itu .. Malah apa yang dia dapat ? Cuma kesakitan dihati .. Hatinya terus sakit terus disakiti .. Mesej sudah tidak , call lagilah jarang .. Manakah sifat penyayang yang ada pada pasangan lelakinya itu ? Apa yang dia dapat hanya marah-marah , kata cacian-makian dan kata-katanya hanya dusta .. Rakan-rakan perempuan dan lelaki tersebut terus memberi nasihat kepada perempuan tersebut tetapi sampai satu tahapnya mereka tidak terdaya melihat perempuan itu terus dipermainkan .. Mereka suruh perempuan itu pergi dari hidup lelaki tersebut ... Tetapi perempuan ni tetap degil dan berkeras untuk bertahan dan terus bertahan .. Akhirnya , dia hanya dapat kata-kata daripada lelaki tersebut "lepas ni da xpayah sibuk lagi pasal dia , sebab tidak lama lagi dia nak kahwin dengan perempuan itu .. Dia da pilih perempuan itu jadinya kita bawa haluan masing-masing .. Dia xpernah berjanji dan seksa perasaan siapa-siapa .. Selama ni dia pendam apa dia rasa sehingga dia da xboleh terima apa yang perempuan itu buat dekat dia .. Dia pun ada perasaan .. Hati dia da tertutup untuk perempuan tersebut.."

      Walaupun pahit untuk menelan semua yang diperkatakan pasangannya itu pun membawa hatinya pergi jauh dari lelaki tersebut .. Sampaikan dia menukar nombor telefon dan facebook baru kerana tidak mahu terus mengharap dan disakiti oleh lelaki yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada dia dan akan setia sampai bila-bila .. Sekarang sudah dua bulan berlalu .. Berakhirlah sebuah ikatan murni selama setahun lebih bersama dengan 'si dia' .. Janji hanya tinggal janji .. Perempuan ini mengharapkan terus melangkah dan biarkan masa berlalu tanpa memintas masa .. Perempuan ini juga terlalu mengharap agar dapat melupakan orang yang telah menyakiti hati dan tidak menghargai dia serta buang terus nama lelaki tersebut diingatan dan hatinya .. Teruslah berbahagia di atas kesedihan dan penderitaan orang lain .. ALLAH MAHA ADIL .. DIA jua MAHA MENGETAHUI ...

         Nasi sudah menjadi bubur .. Tidak guna untuk menangisi insan yang tidak tahu menghargai .. Insan yang diharapkan dapat terus membimbing hati ini berubah lebih baik sudah berubah hati kepada orang lain .. Insan yang selalu diingati sudah bahagia meniti hari-hari hidupnya bersama dengan pilihan hatinya .. Apakah daya sebagai insan yang lemah dan selalu melakukan kekhilafan .. Apa yang diharapkan tiada perasaan dendam yang tersimpan dihati .. Apa yang diharapkan dapat terus istiqomahkan hati ini untuk berubah lebih baik tanpa bimbingan daripada 'si dia' ..

#terimakasihuntuksegalanya

     Memang sakit apabila kepercayaan yang kita beri kepada seseorang itu tetapi dia khianati .. Selepas ini berhati-hatilah memberi hati .. Berilah kepada yang sudi dan sudi menyambut hatinya itu tanpa membiarkan hati kita jatuh ke lantai .. 

Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat sekalian ..
Janganlah terlalu menguji seseorang itu sehingga orang itu hilang kesabaran dekat kita dan janganlah sesekali kita menyakiti hati orang lain kerana apabila kita menyakiti kita juga akan disakiti .. janji ALLAH itu pasti cuma lambat dan cepat .. Janganlah cari yang terlalu sempurna kerana semua orang tidak sempurna ..

      Tidak mengapa jika sekarang kita disakiti .. Biarlah orang buat kita tetapi kita jangan sesekali buat dekat orang .. Biarkanlah mereka bahagia kerana ALLAH telah merancang yang terbaik untuk hamba-hambaNYA .. Jangan bersedih terlalu lama , biarkan semua ini berlalu .. Kita sepatutnya bersyukur kerana ALLAH jauhkan kita daripada orang itu kerana kita tidak tahu keburukan dari diri dia dan kita tidak tahu kemungkinan masa akan datang kita tidak akan bahagia jika hidup dengan dia .. Sentiasalah berfikir positif dan husnuzhon dengan perancangan ALLAH ...






Bangkitlah ! Terus langkah kehadapan .. Redha dengan apa yang berlaku ..
Percayalah dan yakin dengan setiap perancangan ALLAH ..
DIA lebih tahu berbanding kita ... 
Berhentilah terus mengingati orang yang tidak menghargai kita ..
Kita tidak rugi apa-apa tetapi dialah yang yang rugi sebenarnya ..
Teruskan tersenyum sayang  ^^

TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA ... SEMOGA BERBAHAGIA ..
                  

No comments:

Post a Comment